Dapatkan wang melalui tinjauan
Adakah anda mempunyai masa lapang untuk digunakan dengan produktif dan anda ingin menggunakannya
Anda berada di tempat yang betul!
Daftar secara percuma hari ini dan dapatkan bayaran atas perkongsian pendapat anda di survei dalam talian dan mudah alih kami.
Pendapat anda penting kepada kami dan syarikat yang bekerjasama dengan kami! Selalulah ambil bahagian dalam survei kajian pasaran di TGM Panel Brunei, berhubung dengan jenama terkenal, dan anda dibayar dengan melakukannya dengan penuh selesa di rumah atau di pejabat.
Mengambil survei dengan TGM Panel adalah seronok dan mudah! Berkembang sebagai seorang pengguna sambil mengambil survei kami dari sebarang peranti yang mempunyai akses internet.
Kenapa anda perlu ambil bahagian dalam survei kami?
JANA PENDAPATAN DARI SURVEI MUDAH ALIH
DATA DILINDUNGI
TIADA BAYARAN, TIADA RISIKO
Tiada kos atau risiko apabila anda menyertai panel kami – hanya daftar secara percuma dan mula jana pendapatan.
SURVEI DI MANA-MANA, BILA-BILA MASA
GANJARAN MUDAH
SUARAKAN PENDAPAT ANDA
Jom bekerja sebagai satu kumpulan untuk membina kejayaan!
Kami bekerjasama dengan jenama global terkenal untuk membantu mereka lebih memahami apa yang pengguna seperti anda mahukan dalam pasaran. Survei berbayar kami menawarkan peluang kepada anda untuk menyuarakan pendapat anda tentang produk dan servis semasa dan membolehkannya menjadi lebih baik. Dengan jaringan perhubungan global merentasi lebih 100 negara, kami mampu membentuk masa depan industri. Sertai komuniti
Kongsi pendapat anda dan jadilah kuasa positif dalam penambahbaikan pasaran di seluruh dunia.
Privasi adalah keutamaan kami
Kenapa berbaloi untuk mengambil survei berbayar untuk jana pendapatan?
Survei berbayar di rumah tidaklah sukar, ia dikategorikan sebagai mudah dalam memberikan jawapan. Melengkapkannya biasanya hanya mengambil masa beberapa minit.
Survei selalunya bertanya tentang servis dan produk yang belum ada di pasaran tempatan. Ia memberikan kita peluang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pembaharuan.
Pendapat yang kita luahkan melalui survei memberi kesan dalam memperbaiki produk dan servis syarikat tersebut. Inilah salah satu sebab wujudnya survei. Menjana pendapatan melalui survei bukan sahaja memberikan kita tunai malah juga memberikan kepuasan.
Apa itu TGM Panel dan bagaimana untuk mengambil survei dalam talian dan mudah alih melaluinya?
Mencari jalan mudah untuk menjana pendapatan dalam talian yang boleh ditukar kepada tambah nilai telefon bimbit, tunai melalui pembayaran PayPal dan kad hadiah (kami tidak menghantar duit ke akaun bank)
Betapa mudahnya mendapatkan wang di Internet?
Langkah pertama adalah mendaftar di laman web kami – antara laman web survei terbaik. Mendaftar dengan mengisi maklumat asas anda terutamanya: alamat emel, tarikh lahir dan jantina. Pastikan maklumat yang diberi adalah betul – ini akan memudahkan aliran maklumat dan penjanaan tunai. Anda boleh mendaftar di laman web panel atau di portal responden dengan melayari https://portal.tgmpanel.com
Langkah kedua adalah mengesahkan identiti dan pendaftaran di laman web. Untuk mengesahkan maklumat anda, anda hendaklah mengklik pautan yang dihantar kepada anda melalui emel. Semak folder Promosi dan Spam jika anda tidak menjumpai emel aktivasi.
Untuk memastikan emel kami dihantar ke inbox anda dan bukan spam, sila tambahkan dalam senarai hubungan atau buku alamat anda.
Langkah keempat adalah menunggu survei berbayar yang terbaik. Apabila kajian yang sesuai dengan profil anda tersedia, kebiasaannya anda akan mendapat notifikasi melalui emel. Dengan cara ini anda tidak akan ketinggalan untuk menambah wang anda di panel dalam talian kami. Ia juga penting dari segi kesementaraan kajian – selepas beberapa hari (kadang-kadang jam) survei tersebut akan menjadi tidak aktif.
Sila maklum kami tidak menghebahkan semua survei melalui emel dan sesetengah notifikasi mungkin hanyut di lautan padanan, jadi eloklah anda jadikan sebagai rutin, contohnya semasa minum pagi, untuk log masuk ke dalam panel responden anda https://portal.tgmpanel.com – untuk menyemak samada terdapat survei baru untuk dilengkapkan (itupun jika berpeluang untuk menjana wang dalam talian)
Anda juga boleh menerima notifikasi tentang survei baru melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook Messenger dan pemalam Chrome (supaya survei timbul terus pada telefon anda atau di sisi skrin komputer anda). Pilihan ini boleh dihidupkan (dan mudah untuk dimatikan) di tetapan konfigurasi pada akaun peribadi anda di panel kajian https://portal.tgmpanel.com .
Langkah kelima adalah mengambil survei. Lagi sekali diingatkan, jawapan yang diberi hendaklah betul dan jujur. Ingat – kerja anda dengan survei dalam talian, input anda dalam kajian pasaran oleh pelbagai syarikat adalah sangat penting. Berdasarkan survei-survei ini, keputusan penting akan dibuat yang mungkin mempengaruhi kehidupan anda. Dengan memberikan jawapan yang jujur ketika melengkapkan survei, tiada apa yang perlu dirisaukan kerana survei berbayar dalam talian di panel kami dirahsiakan sepenuhnya.
Selepas melengkapkan survei, kami boleh melihat berapa banyak anda telah peroleh. TGM Panel menawarkan tunai untuk survei yang diambil dalam bentuk USD dan mata (1 mata = 1 USD). Anda juga akan menerima 0.02 mata untuk masa yang diluangkan dika anda tidak layak untuk kajian (survei telah ditutup, kuota penuh, profil responden lain yang diperlukan, dsb.)
Langkah keenam adalah yang paling menarik, kerana ia melibatkan penerimaan pembayaran. Selalu semak jumlah minimum yang diperlukan untuk pemindahan. Di TGM Panel, jumlahnya adalah 10 USD untuk bayaran USD atau 3.5 USD untuk pembayaran baki mata (sesetengah survei dibayar dalam dolar, sesetengahnya dalam mata yang kemudian ditukar ke dolar – bergantung kepada klien).
Banyak panel kajian, termasuklah TGM Panel yang menawarkan tunai melalui pemindahan PayPal – paypal.com. Kemudiannya kita boleh memindahkan bayaran dari PayPal ke akaun bank biasa. Selepas beberapa hari, wang kita akan tersedia di akaun terakhir.
Juga boleh menggunakan jumlah yang diperoleh untuk tambah nilai akaun telefon anda (jika anda menggunakan telefon tambah nilai).
Cara ketiga adalah menebus bayaran anda menggunakan kod hadiah Gcodes – maklumat lanjut di app.gcodes.com.
Daftar di panel dalam talian kami. Percuma! Peroleh wang untuk setiap survei yang berjaya dilengkapkan!
Mudah bukan?
Tapi bagaimana untuk mencari laman web survei terbaik di Brunei?
Survei yang timbul semasa kita melayari Internet, bukan itu yang kita cari. Ia tiada bayaran dan membazir masa kita – walaupun mereka menawarkan ganjaran seperti PayPal atau kad hadiah.
Untuk menjana wang dalam menjawab survei, kita perlu mencari panel kajian yang boleh dipercayai, yang menjamin bayaran untuk survei yang kita ambil. Kebelakangan ini banyak portal-portal sebegini dalam talian.
Yang mana patut saya pilih?
Anda sepatutnya memilih yang mudah digunakan, mudah dibaca, dan yang paling penting, memberi bayaran. Seperti TGM Panell! Kami menggalakkan anda untuk mendaftar dan mula mendapatkan wang tunai.
Apa itu kajian pasaran, apa itu syarikat kajian dan kenapa perlunya kajian?
Kajian pasaran merangkumi pengumpulan dan interpretasi data. Aktiviti ini membentuk elemen pasaran asas, termasuklah harga barang dan servis, permintaan dan penawaran serta pendapat dan tingkah laku pengguna.
Kajian pasaran juga menentukan hala tuju persaingan. Masa kini, kejayaan sesuatu perusahaan bergantung pada analisis, memudahkannya membuat keputusan. Pengetahuan terhadap keperluan pasaran dan strategi pemasaran yang digunakan dengan betul membolehkan servis dan produk baru untuk bangkit.
Kunci elemen dalam mengumpul data yang mendominasi persaingan adalah kajian pasaran .
Kajian sebegini disarankan apabila melibatkan risiko yang tinggi dalam membuat keputusan perusahaan yang penting. Situasi tersebut termasuklah:
- Timbulnya persaingan yang menarik minat pelanggan.
- Merancang untuk berkembang ke pasaran baru.
-
Mentransformasi pasaran penjual ke dalam pasaran pembeli
-
Perubahan daripada politik ekonomi kerajaan sesebuah negara.
-
Perubahan berterusan dan berlaku kekurangan dalam keperluan pembeli.
- Kajian ujian
- Kajian harga
- Kajian jenama
- Kajian eksplorasi
- Kajian kepuasan pelanggan
- Panel isi rumah
Ada banyak faktor yang mempengaruhi pilihan kaedah kajian, contohnya temph masa untuk mengumpul data, saiz kawasan kajian, perbelanjaan kewangan dan objektif kajian.
Survei (boleh diakses di laman web survei) adalah salah satu teknik kajian yang popular. Disebabkan mudahnya pengumpulan data dan analisis, ia menjadi alat asas untuk kajian pasaran.
Dalam era Internet, kaedah pengumpulan data yang paling murah dan boleh diakses adalah survei dalam talian dan mudah alih dan perantaraan di laman web survei. Kajian sebegini mempunyai julat yang tinggi pada kos yang rendah. Soalan-soalan survei dalam talian adalah mudah dan tidak susah bagi peserta untuk menjawabnya.
Kerahsiaan survei menjamin kredibiliti jawapan yang diberikan yang berhubungkait dengan keberkesanan kajian yang dijalankan.